Email : fpm@umt.edu.my | Phone : 609-668 3791/3784 |

Sukacita dimaklumkan bahawa UMT akan mengadakan Karnival World Ocean Week sempena sambutan World Ocean Week 2023 (WOW2023). Sepertimana kelaziman, UMT mengadakan sambutan WOW bersempena World Ocean Day yang disambut pada 8 Jun setiap tahun. Bertemakan “Planet Lautan : Masa Untuk Berubah”, WOW2023 disambut dengan pelbagai aktiviti berteraskan laut dan marin melibatkan penglibatan pelajar, staf, agensi serta komuniti di peringkat tempatan dan kebangsaan.

Objektif penganjuran WOW2023 antaranya adalah bagi memberi pendedahan kepada komuniti pelbagai peringkat tentang kepentingan memelihara dan memulihara lautan dan ekosistemnya demi mengekalkan kemapanan untuk generasi akan datang.

Justeru, warga UMT dialu-alukan untuk sama-sama menyertai dan memeriahkan Karnival WOW2023 yang akan dilaksanakan sepertimana ketetapan berikut;

Tarikh        : 8 Julai 2023 (Sabtu)
Masa         : 8.00 pagi – 5.30 petang
Tempat      : Pantai Teluk Ketapang
Acara        : Sila rujuk poster Karnival WOW2023

Sokongan dan kerjasama warga UMT dalam menjayakan Karnival WOW2023 amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“Ayuh sama-sama buktikan yang kita cakna..!!

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”