Email : fpm@umt.edu.my | Phone : 609-668 3791/3784 |
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera,

YBhg Dato’/Datin/Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Pengajian Maritim (FPM),  Universiti Malaysia Terengganu akan menganjurkan Research and Teaching Innovation Competition (RTIC) 2023.

3.     RTIC 2023 merupakan satu program yang dijalankan mempamerkan kreativiti dan inovatif dalam kalangan pendidik (pensyarah, guru, pelatih) dan pelajar. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi penerapan serta pembinaan kemahiran ke arah Revolusi Industri 4.0 dan menyebarluaskan inovasi penyelidikan dan pengajaran. Hasil inovasi ini boleh merangkumi apa-apa hasil cetusan idea-idea yang kreatif bertemakan “Revitalization:Collective Action for the Ocean”
 
4.     Penyertaan RTIC 2023 di bahagikan mengikut kategori sepertimana berikut:

        Kategori A: Pensyarah (IPTA/IPTS/IKM/ Kolej Komuniti/ Politeknik)
        Kategori B: Pelajar (IPTA/IPTS/IKM/ Kolej Komuniti/ Politeknik)
        Kategori C: Guru dan Pelajar (Sekolah)

Yuran Pendaftaran adalah RM70 bagi Kategori A dan RM50 bagi Kategori B & C. Hadiah adalah  sepertimana berikut:
       
         1. Gold (Medal + Sijil ) 
         2. Silver (Medal  + Sijil)
         3. Bronze (Medal + Sijil)

5.    Tarikh tutup penyertaan, pembayaran dan penghantaran video RTIC 2023 adalah pada  20 Julai 2023 (Khamis). Disertakan borang penyertaan di pautan berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScaK8jkTMEWebsE9Z1bhWekyQrSLAn-g0OVxa6GE-JcsHF9bw/viewform?usp=sharing

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pihak urusetia RTIC 2023 iaitu Dr. Nik Nurhalida Binti Nik Hariry  (013-9960332) dan Nur Afiqah Wal’ Affa Elmin (016-3082660)