Email : fpm@umt.edu.my | Phone : 609-668 3791/3784 |

FASILITI  Pentadbiran

Bangunan Pejabat Pentadbiran

Previous slide
Next slide

Bilik Mesyuarat

Previous slide
Next slide

Makmal Komuniti

Previous slide
Next slide

Fungsi Makmal :

  • Makmal komuniti secara umumnya berfungsi sebagai platform bagi penglibatan komuniti dan juga industri di dalam aktiviti kajian dan perkongsian maklumat yang akhirnya memberi manfaat kepada peningkatan kurikulum mahasiswa universiti yang berasaskan industri.
  • Penubuhan Makmal Komuniti Maritim (Maritime Community-Lab) adalah sebagai satu pusat (one-stop-center) untuk menyediakan platform jaringan di antara Pusat Pengajian, UMT dengan komuniti industri maritim yang kondusif dan berinformatif. Selain menyediakan kemudahan latihan dan berkaitan dengan operasi maritim, pelabuhan, perkapalan dan logistik, data-data yang dianalisa dibawah platform Makmal Komuniti Maritim ini dapat digunapakai oleh pihak berkepentingan seperti dari Kementerian-kementerian, agensi-agensi dan syarikat-syarikat selain untuk tujuan makluman terperingkat kepada golongan berkepentingan dalam kluster maritim. Maklumat ini juga akan digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pengajaran terkini di Universiti dan pembentukan modul-mdul terkini yang diperlukan oleh industri maritim.
  • Dengan adanya kemudahan yang kondusif dan kepekatan jaringan industri di Pusat ini, manfaat yang besar akan dapat dirasai kepada komuniti maritim, dimana mereka dapat berkomunikasi atau berinteraksi secara efektif dengan komuniti maritim dalam ekosistem yang terancang, menggunakan kemudahan-kemudan latihan dan pembelajaran sedia ada dan melaksanakan aktiviti-aktiviti ilmiah dan peningkatan ilmu secara berpusat, dan seterusnya dapat meningkatkan pelaksanaan program-program pengembangan bagi peningkatan kapasiti (capacity building) dalam sektor pelabuhan dan perkapalan.
  • Makmal Komuniti Maritim (Maritime Community-Lab) juga dirancang untuk menyediakan kemudahan latihan berasaskan simulator yang mana telah dikenalpasti iaitu Simio Port and Logistics Simulator bagi latihan operasi di pelabuhan, opreasi maritim dan pengangkutan. Keistimewaan yang ada pada perisian Simio ini selain daripada fungsinya yang amat berguna dalam proses pengajaran, pembelajaran dan kajian, ianya juga menawarkan pakej yang menarik kepada institusi pengajian tinggi yang mana, syarikat pengeluar aplikasi Simio ini mempunyai program khas bagi universiti seluruh dunia termasuk Malaysia untuk meningkatkan lagi mutu program akademik dan pembekalan perisian ke universiti. Terdapat beberapa buah ‘Research University’ di Malaysia telahpun mengguna perisian Simio ini bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan kajian. Antaranya ialah Universiti Kabangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Jika dilihat, Empat (4) universiti ini bukanlah memfokuskan kepada pengajian berasaskan maritim tetapi sudah memiliki perisian Simio. Program Sarjana Muda Opreasi Maritim adalah merupakan salah satu program tujahan UMT yang berasakan ilmu kelautan, maka perlunya Makmal Komuniti Maritim sebegini dapat diwujudkan di UMT.
  • Aplikasi ini adalah amat berguna dan sangat diperlukan dalam proses pengajaran, pembelajaran dan kajian memandangkan ianya dapat mendedahkan situasi sebenar pergerakan barangan dan rangkaian pengangkutan terutama yang melibatkan pengangkutan maritim. Antara subjek yang ditawarkan dalam program sarjana muda Opreasi Maritim yang bersesuaian dengan applikasi ini adalah seperti berikut:
    • Port and Shipping Management
    • Multimodal Transportation
    • Logistics Management and Distribution
    • Final Year Project

Kapasiti Pengguna : 20 pax

Pegawai Bertanggungjawab : Ts. Dr. Chuah Lai Fatt & Muhammad Aiman bin Razali